Halaman

25 Mei 2009

TENGKU ALI DIISYTIHARKAN SEBAGAI SULTAN JOHOR

Pada 10 Mac 1855, Tengku Ali telah diisytiharkan sebagai Sultan Johor oleh Kerajaan Inggeris dengan gelaran Sultan Ali Iskandar Shah. Pengisytiharan ini dilakukan sempena termeterainya satu perjanjian di antara Tengku Ali dengan Temenggong Ibrahim. Dalam perjanjian itu, kedua-dua pihak bersetuju dengan syarat-syarat berikut, antaranya ialah :-



  • Sultan Ali sampai keturunan dan waris gantinya menyerahkan sepenuh kerajaan dan haknya kepada Dato’ Temenggong Ibrahim dan juga kesemua tanah daerah takluk Johor melainkan Kesang.


  • Temenggong Ibrahim akan membayar RM 5,000 kepada Sultan dan RM 500 sebulan mulai Januari 1855.


  • Sekiranya Kesang itu tidak dijual hendaklah dahulu ditawarkan kepada Kompeni Inggeris kemudian kepada Temenggong dengan sama harga setelah itu barulah ditawarkan pada orang lain.


  • Perjanjian tersebut tidak akan mencatatkan perjanjian sebelum itu yang ditandatangani dengan East India Company bertarikh 2 Ogos 1824.

Dengan perjanjian dan pengisytiharan pada hari ini dalam tahun 1855 menjadikan Sultan Ali hanya berkuasa di sebuah daerah yang tidak berhasil antara Sg. Muar dengan Sg. Kesang iaitu seluas 260 batu persegi dengan penduduk berjumlah 800 orang.

Tiada ulasan:

Rangkaian Blog