Halaman

28 Disember 2014

Laman Mahkota Simbol Ikon Diraja Hadapan 
istana Bukit Serene



ABDUL RAHMAN MOHAMED DEWAM menunjukkan Laman Mahkota yang akan dibuka kepada orang ramai d hadapan pintu masuk Istana Bukit Serene di Jalan Skudai, Johor Bahru, Johor, semalam. – UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU 7 Nov. – Laman Mahkota yang terletak di hadapan pagar utama Istana Bukit Serene, merupakan satu lagi mercu tanda Diraja Johor, yang akan menjadi tarikan utama rakyat dan para pengunjung yang berkunjung ke bandar raya ini.

Datuk Bandar Johor Bahru, Abdul Rahman Mohamed Dewam berkata, Laman Mahkota yang merupakan ikon diraja adalah hasil ilham Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada 30 Ogos tahun lalu.

“Antara komponen utama yang menjadi tarikan ialah Pintu Gerbang Kemahkotaan dengan ketinggian 20.9 meter dengan saiz 4.8 meter tinggi dan 60 meter lebar.

“Gerbang itu turut disaluti de*ngan 3,063 biji kristal berwarna biru, putih, merah, hijau, merah jambu dan ungu dengan 17 jenis saiz yang berbeza,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia semasa meninjau kerja-kerja terakhir menyiapkan laman tersebut sebelum dibuka kepada umum dalam jangka waktu terdekat.

Yang turut meninjau Pengarah Landskap Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Nazatul Shima Mohamad dan Pengarah Perhubungan Korporat dan Perhubungan Awam, Abdul Aziz Ithnin.

Menurut Abdul Rahman, ke*u*nikan replika mahkota dengan berat 2,800 kilogram mampu menarik pengunjung dari dalam dan luar negara ke Laman Mahkota.

Katanya, struktur yang menyokong replika mahkota menggunakan elemen pentagon sebagai simbolik Rukun Islam yang menjadi pegangan hidup masyarakat Islam.

“Bagi memeriahkan lagi laman tersebut kita turut mewujudkan pancaran laser dan 'water feature' di kawasan berhampiran juga dapat menambah keceriaan yang akan menarik lebih ramai pengunjung dari dalam dan luar negara,” katanya.

Rangkaian Blog