Kenyataan / Disclaimer :

Segala kandungan yang terdapat dalam blog ini adalah semata-mata hobi bagi berkongsi pelbagai sumber yang menarik di internet. Kami tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kemudaratan atau perlanggaran mana-mana undang-undang ketika menggunakan apa jua kandungan di laman blog ini. Harap maklum.

Rangkaian Blog

  • Beca Muar - Terdapat pelbagai jenis pengangkutan yang digunakan penduduk di Daerah Muar suatu ketika dahulu. Antara yang paling popular ialah beca. Beca merupakan sala...
    1 minggu yang lalu

16 Mei 2012

Gambar-Gambar Sekitar KMJ 2012 (Bernama)

SEGAMAT, 14 Mei -- Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan meluangkan masa bersama rakyat ketika tiba di Padang Awam Division 2 Chaah Segamat pada hari kedua Kembara Mahkota 2012 di sini hari ini.

SEGAMAT, 14 Mei -- Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mencuba kemahirannya membuat tosei ketika melawat gerai makanan kaum India pada hari kedua Kembara Mahkota 2012 di Padang Awam Division 2 Chaah Segamat di sini hari ini.

JOHOR BAHARU, 16 Mei -- Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bersalaman dengan pelajar-pelajar sekolah yang menyambut ketibaan baginda pada majlis penutup Kembara Mahkota Johor 2012 di Plaza Angsana, Johor Baharu di sini hari ini.

JOHOR BAHARU, 16 Mei -- Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bersalaman dengan pelajar-pelajar sekolah yang menyambut ketibaan baginda pada majlis penutup Kembara Mahkota Johor 2012 di Plaza Angsana, Johor Baharu di sini hari ini. Turut kelihatan Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman (belakang, kiri).

JOHOR BAHARU, 16 Mei -- Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan bergambar bersama peserta-peserta rombongan Kembara Mahkota Johor 2012 pada majlis penutup Kembara Mahkota Johor 2012 di Plaza Angsana, Johor Baharu di sini hari ini.

KMJ 2012 - Hari Keempat - 16 Mei 2012