ABDUL RAHMAN MOHAMED DEWAM menunjukkan Laman Mahkota yang akan dibuka
kepada orang ramai d hadapan pintu masuk Istana Bukit Serene di Jalan
Skudai, Johor Bahru, Johor, semalam. – UTUSAN/RAJA JAAFAR ALIJOHOR
BAHRU 7 Nov. – Laman Mahkota yang terletak di hadapan pagar utama
Istana Bukit Serene, merupakan satu lagi mercu tanda Diraja Johor, yang
akan menjadi tarikan utama rakyat dan para pengunjung yang berkunjung ke
bandar raya ini.Datuk Bandar Johor Bahru, Abdul
Rahman Mohamed Dewam berkata, Laman Mahkota yang merupakan ikon diraja
adalah hasil ilham Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada 30
Ogos tahun lalu.“Antara komponen utama yang menjadi tarikan
ialah Pintu Gerbang Kemahkotaan dengan ketinggian 20.9 meter dengan saiz
4.8 meter tinggi dan 60 meter lebar.“Gerbang itu turut disaluti
de*ngan 3,063 biji kristal berwarna biru, putih, merah, hijau, merah
jambu dan ungu dengan 17 jenis saiz yang berbeza,” katanya.Beliau
berkata demikian kepada Utusan Malaysia semasa meninjau kerja-kerja
terakhir menyiapkan laman tersebut sebelum dibuka kepada umum dalam
jangka waktu terdekat.Yang turut meninjau Pengarah Landskap
Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Nazatul Shima Mohamad dan Pengarah
Perhubungan Korporat dan Perhubungan Awam, Abdul Aziz Ithnin.Menurut
Abdul Rahman, ke*u*nikan replika mahkota dengan berat 2,800 kilogram
mampu menarik pengunjung dari dalam dan luar negara ke Laman Mahkota.Katanya,
struktur yang menyokong replika mahkota menggunakan elemen pentagon
sebagai simbolik Rukun Islam yang menjadi pegangan hidup masyarakat
Islam.“Bagi memeriahkan lagi laman tersebut kita turut
mewujudkan pancaran laser dan 'water feature' di kawasan berhampiran
juga dapat menambah keceriaan yang akan menarik lebih ramai pengunjung
dari dalam dan luar negara,” katanya.